Antara langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah ini ialah ibu bapa memainkan peranan mereka. Ibu bapa merupakan orang yang membesarkan mereka dan paling mengerti dengan perangai dan hati budi mereka. Oleh itu, ibu bapa semestinya dapat menasihati mereka dan menarik mereka ka pangkal jalan. Selain itu, ibu bapa haruslah mendidik anak mereka dari awal kerana bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Selain itu, pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan setiap rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum dan tiada unsur-unsur kaganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat membentuk jati diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyak untuk membentuk jati diri dan membaiki akhlak remaja.
Antara langkah lain yang dapat diambil juga ialah mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. . Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membuang masa. Bak kata pepatah, “sambil menyelam, minum air”.
Kesimpulannya, para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara. Oleh itu, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan diberi pimpinan agar mereka tidak sesat ke arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa cerah.
No comments:
Post a Comment